
Bismillahirrahmanirrahim
Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta
Alhamdulillah...nikmat syukur terasa indah apabila kita diuji dgn kesusahan dan apabila iman kita itu diratah-ratah oleh kedurhakaan jahiliah...
"Wahai orang-orang yg beriman masuklah kamu kedalam agama Islam sepenuhnya dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan,sesungguhnya mereka musuh kamu yg nyata" (al-Baqarah:208)
Dunia kini menyaksikan pelbagai kedurhakaan jahiliah melata di muka bumi Allah yang kita cintai..justeru dunia memerlukan manusia yang sanggup mengembalikan kesedaran penghuninya untuk kembali memakmurkan bumi Allah kembali
PENDEKATAN TERBAIK
Justeru kita lihat pelbagai kelompok dan kumpulan jemaah Islam berlumba-lumba untuk membawa tugas yang mulia ini kedalam masyarakat kita yg sedang dalam kancah kehinaan..ini merupakan satu petanda baik kepada ummat ini kerana meskipun makin ramai masyarakat kita yang rosak namun disitu terdapat dan timbulnya ramai golongan yang sedar akan tanggungjawab yg bukan bersahaja ditaklifkan kepada seseorang itu melainkan dia mampu
Namun disitu perlu kita lihat pendekatan yang terbaik kepada manusia yg kita nak ajak mereka supaya ia tidak lari dari dan menjauhkan diri dr apa yg kita bawa
Semestinya pendekatan yg kita gunakan itu perlu sesuai dgn diri mereka kerana tidak semua manusia sama dan tidak semua pendekatan sesuai dgn diri mereka supaya Islam yg dibawa olh Rasulullah dan para sahabat itu dapat menyerap ke dalam jiwa ummat sekarang dan menterjemahkan dalam bentuk amal Islam adan akhirnya terbentuk golongan yg sedia berkhidmat utk Islam
Seharusnya bagi peringkat permulaan kita nak mengajak orang ke arah Islam dimulai dengan perkara yang umum lagi tidak memberatkan....perkara yang disukai hati hati bukan dibenci...perkara yang menarik bukan membosankan...lazimkanlah diri mengajak mereka kepada kebenaran secara mereka tidak sedari...timbulkan perbincangan dan perbualan yg menyebabkan mereka berfikir tentang apa yg kita perkatakan
Jika kita lihat bagaimana dakwah fardhiah yg dilakukan oleh al-Banna kepada mad'u nya seperti Muhammad Abu Nasr salah seorang dr mursyidul am dimana tidak ramai menyedari kehadirannya dalam jemaah tetapi begitu terkesan dgn dakwah dan uslub yg digunakan oleh al-Banna dimana beliau meletakkan potensi mad'unya pada tempatnya...bukannya apabila kita dapat memahami Islam secara meyeluruh menyebabkan kita perlu bertukar kepada identiti yg baru sebaliknya menggunakan apa yg telah sedia ada pd diri kita untuk dakwah dan Islam
Contohnya seperti kisah us.Mehdi Akif juga salah seorang dr mursyidul am dimana aktif dan pakar dalam bidang sains kesukanan,al-Banna langsung tidak menghalang kesukaannya bahkan menggalakkannya dengan memberi kefahaman yg jelas bagaimana menggunakan bidang yg diceburi ke arah memperbaharui nilai-nilai yg bersumber dr adat dan jahiliah kepada nilai-nilai Islam
Islam itu adalah agama yang mudah jadinya kenapa kita meletakkan ia pada benda yang memberatkan...tidak perlu kita cerita bab-bab yang tinggi sedangkan perkara-perkara asas dalam diri sebagai seorang muslim pun belum selesai...jadi segalanya bermula dari bawah,bermula dari angka kosong bagi membina individu muslim yang kahfi yg terdapat dalam dirinya kesemua kriteria 10 muwassofat tarbiah....
PROSES ITU
Persoalannya bagaimana kita nak mengimpikan lahirnya individu-individu yg sedemikian....tidak lain dan tidak bukan adalah dengan melalui proses tarbiah yang semestinya apabila disebut proses memakan masa yang lama kerana ianya bukan sebarang proses kerana kita hendak memproses diri dan hati manusia dari kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam
Contohnya ibarat kita menanam benih rambutan yang memakan masa bertahun-tahun mungkin bagi memetik buahnya yang semestinya hanya pada musim rambutan sahaja..jika kita memetik bukan pada musimnya pasti rasanya tidak seenak buah rambutan yg dipetik betul pada musimnya yang semestinya memberi kepuasan bagi sang penanam dan pemakan...
Ayuh saudaraku fikir-fikirkanlah tugas kita memang berat kerana mengajak manusia mentauhidkan Allah bukan tugas mudah..justeru perlukan kesabaran dan jiddiyah(kesungguhan) dalam melaksanakan tugas ini dan sekiranya bertembung dengan mereka-mereka yg juga membawa risalah Islam tapi menggunakan pendekatan yg berbeza seeloknya kitalah yang menjadikan titik pertemuan antara mereka bukannya titik permusuhan...
Sekian...wallahua'lam
2 comments:
torik ilal qulub
Apabila syaitan menghias jahiliah, maka berlumba-lumbalah kita menjadi penghias mesej islamiah.
Post a Comment