Thursday, June 16, 2011

الأمانة

gambar bersama AJK tertinggi Kelab Rukn Bahasa Arab sesi 2011/12

Bismillah

Ku biarkan kalam berbicara
KU biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta

Alhamdulillah syukur dengan inayahNya..kita masih diberi peluang untuk terus hirup dan menikmati nikmat kurnianNya yang tak terkira..namun kita tetap mungkiri pengabdian kita kepadaNya..moga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita..

Alhamdulillah sedar tak sedar dah nak masuk minggu ke-3 menyambung pelajaran di asasi Akademi Pengajian Islam Nilam Puri,Kelantan dalam asasi Pendidikan Islam semester 3..maknanye tinggal satu sem lagi berada di negeri serambi mekah ini..dah tak lama dah tu..banyak yang kena gilap dan usahakan ni..chayok2..

yang pastinye sem ini banyak menguji diri ini..banyak amanah yang terpikul di bahu ini..moga terus diberi kekuatan utk terus berkhidmat demi ad-Deen yang tercinta ini..moga Allah sentiasa menunjukkan pada kita jalan yang terbaik kerna diri ini dalam proses belajar..

Sesungguhnya sahabat..tarbiah yang kita lalui ini adalah satu proses yang memerlukan mujahadah dari diri kita untuk mencapai sebuah impian yang kita impikan selama ini..

Sesungguhnya tabiat dakwah yang lurus dan berlandaskan manhaj yang tulen terdiri dari 3 unsur utama :

1) susah tapi tetap
- ia adalah susah tapi hasilnya terjamin(tetap)

2) panjang tapi terpelihara keasliannya
- kita ingin melahirkan dari dakwah dan tarbiah kita ini peribadi yang asholah (asli)

3) lambat tapi hasilnya terjamin

- dakwah adalah kita berurusan dengan manusia bukan alat..ia bermain dengan perasaan manusia itu sendiri

-dakwah adalah proses yang berterusan dan menitikberatkan 7 maratib amal dan perlu melalui 3 marhalah iaitu 1)taarif 2)takwin 3)tanfiz..secara bertahap..tidak boleh gopoh dan tergesa-gesa..kerna itu bukan dakwah yang mengikut manhaj...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...