Wednesday, June 1, 2011

Mukhayyam P3

perkhemahan terakhir buat mereka di SRIH..
segalanya tinggal kenangan..

barisan sof guru@pegawai..

Alhamdulillah..syukur kepada Illahi kerna diberi peluang untuk terus menikmati hidup ini dan yang paling penting merasai nikmat iman,islam dan tarbiah..oleh itu seharusnya sebagai tanda syukur kita melonjakkan amal kita ke arah yg lebih baik..

Alhamdulillah berbekal beberapa hari untuk pulang ke ipt..diri ini diberi peluang untuk menncuit secebis bakti dan pengalaman buat pusat pendidikan yang kucintai aka HIDAYAH..pada mulanya dilema nak pergi mukhyam f5@ darjah 6 sebagai fasi aka penyibuk..hu..alhamdulillah diberikan yang terbaik dariNya ke darjah 6..


Diberi peluang utk bersama para asatizah SRIH memang nikmat bagiku..mana taknya yang terlibat semua guru2 senior(kebanyakan pernah mengajarku di bangku sek.ren dulu)
melihat pengorbanan mereka membuat diri terkesima dan begitu kagum dan mencari2 apa sebenarnye yang menyebabkan mereka buat semua ini dan mengapa mereka masih setia berkhidmat di Hidayah sedangkan habuan berbentuk material tak seberapa jika dibandingkan guru di sekolah luar..

Alhamdulillah sedikit demi sedikit ku mengerti bahawa semuanya mereka lakukan kerna jalan yang telah mereka yakini iaitu jalan dakwah dan tarbiah ini dimana menitikberatkan dan demi melahirkan generasi pewaris dan pelapis dakwah ini..juga demi memastikan keberlangsungan dan proses membina manusia ini terus diisi posisinya oleh generasi-generasi yang mendatang..

ku masih ingat moto@cogankata yang terlekat di baju t-shirt PSFM(syabab) berbunyi :

"GENERASI AL-QURAN"

dulu moto ni tak faham langsug tapi bila dah besar ni semakin mengerti maksudnye..
p/s : (anda boleh merujuk tajuk GENERASI AL-QURAN YANG UNIK dalam buku PETUNJUK SEPANJANG JALAN dan mengkaji bahan-bahan lain utk lebih memahami)

fahamilah kalian khususnya anak Hidayah..kita dah diberi nikmat terbesar dengan disediakan sistem islami di sekolah ini dengan adanya pelbagai wasilah tarbiah e.g :qiam,mukhayam,daurah(kursus2),usrah(mentor-mentee) n macam-macam lagi..cuba try tanye sek luar..mereka tak berpeluang utk rasai semua ini..

so,sangat-sangatlah bersyukur dan jangan jadi golongan yang rugi dan menyesal bila keluar dari Hidayah ini..guna lah segala peluang yang ada..kutip sebanyak mungkin permata di bumi hidayah...
barisan ustaz@tuan..

"TARBIYAH BUKAN SEGALANYA
TAPI
SEGALANYA BERMULA DENGAN TARBIYAH"

BUKALAH HATIMU
SIAPKANLAH DIRIMU
UNTUK DIBENTUK
DAN MEMBENTUK
BINAAN-BINAAN BARU

1 comment:

~ Pelaut Rabbani ~ said...

salam akhi,
program sebegini harus diperbyk..
moga2 menyedarkn hati2 insan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...