Friday, November 18, 2011

NiLAi KiTa..

Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta..

Alhamdulillah sidang pembaca sekalian..bersyukur kepada Allah atas kurniaan-Nya kita masih dan terus diberi nikmat untuk merasai nikmat yang paling agung iaitu nikmat iman dan islam..

Sungguh nikmat ini tersangat MAHAL harganya dan ia hanya dimiliki oleh yang berusaha dengan sungguh untuk memperolehnya...Sebagaimana yang anda perhatikan sendiri di sekeliling kita..tidak jauh cuma anda perhatikan sahaja rakan dan masyarakat di sekeliling kita, dalam zaman dan era yang sangat menguji keimanan kita...budaya jahiliah amat-amatlah diagungkan..budaya@nilai-nilai islam dikatakan 'kuno' kerana tidak mengikut peredaran zaman semasa..

wah hebat dan bagus sangatkah kita hingga mampu berkata dengan sedemikian angkuh??

Sunguh jika kita selusuri dan hayati perjalanan seorang utusan agung, yang sangat mencintai umatnya hinggakan di akhir hayat baginda,baginda masih lagi memikirkan perihal umatnya..ya Allah sungguh mulia dan besar pengorbanan mu ya Rasulullah!!!..

Baginda tidak pernah kenal erti jemu dan lelah untuk teru menyampaikan dan membawa risalah Allah yang agung ini...baginda dicemuh,dicaci tetapi terus teguh dan kuat untuk memastikan kita terus merasai nikmat sebagaimana yang kita rasai sekarang ini..

Sungguh ketahuilah bahawasanya islam itu tidak memerlukan kita tetapi kitalah yang memerlukan islam ini..hanyalah islam yang sesuai dengan fitrah insani seseorang kerna agama ini mengajarkan pada kita semuanya adalah untuk kebaikan dan melarang dengan keras sebarang kerosakan dan sebarang kemungkaran..adakah anda dapati semua ini dalam kehidupan anda sekarang dan dalam pengangan yang anda yakini sekarang??

Jika belum dan tiada..ayuh kembalikan islam yang sebenar dalam diri kita agar islam dan iman itu benar-benar beroperasi sehingga melahirkan manusia yang 'luar biasa' seperti 'mereka-mereka yang terdahulu' dimana nilai islam itu benar-benar dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian mereka..bahkan bukan sekadar itu sahaja..mereka juga sedar akan peranan mereka untuk teru menambahkan nilai islam dan iman itu bukan pada diri mereka sahaja bahkan kepada mereka-mereka yang disekeliling kerna mereka mahu semua merasai betapa nikmatnya insan yang dalam diri mereka yang ada ISLAM dan IMAN..

ketahuilah saudaraku seiman bahawasanya Allah s.w.t telah berfirman :

"Sesungguhnya pada hari ini telah Aku sempurnakan islam sebagai agama kamu dan telah Aku sempurnakan untuk kamu nikmatku dan telah aku redai hanya ISLAM agama disisiku...ila akhir ayat" ( al-Maidah:3)

Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang risau akan keadaaan islam dan iman nye dan sentiasa berusaha untuk menambah nilam itu pada diri sendiri dan juga mereka-mereka disekeliling mereka..

18/11/11
APIUM,KL

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...