Friday, November 25, 2011

TuNTuTaN FaHaM..



Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta..

Alhamdulillah bersyukur kita sahabat-sahabat kerna saat ini kita masih boleh merasai setiap nikmatNya dalam keadaan yang serba serbi cukup..Namun janganlah dilupa dalam keseronokan merasai nikmatNya..perlu diingat disitu terletak satu tugas,tanggungjawab yang besar buat hambaNya..

Sedar tak sedar tirai hijra 1432 bakal melabuhkan tirainya bagi memberi ruang pada tahun hijrah yang ke-1433 pula menjalankan peranannya..huh..bagaimana ya kita setahun ni?makin dekat@jauh dengan sang pencipta kita?ayuh koreksi perjalanan hidup kita sepanjang tahun ini..

Bersempena dengan tahun hijrah ini penulis ingin mengajak sidang pembaca sekalian untuk kita sama-sama berhijrah dari satu sudut iaitu al-Fahmu (kefahaman)..erm..penting sangatkah ia?kenapa ia penulis pilih untuk kita hijrahkan?

Saudara-saudariku seiman Pak Cik Hassan telah menggariskan 10 rukun Bai'ah dan yang terutama sekali ialah al-Fahmu(faham) dimana terletak 20 cabang padanya (disebut usul isyrin)..anda boleh rujuk buku Risalah Ta'lim dan Majmu' Rasail..

Ketahuilah wahai saudaraku kefahaman memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seseorang..dari kefahaman lah ia akan melahirkan kepercayaan..dari kefahaman jugalah ia melahirkan segala tingkah laku..dari kefahaman jugalah ia melahirkan manusia yang bergerak dan berbuat menurut apa yang difahami..


Justeru dari kefahamanlah ia akan membentuk hala tuju seseorang (anda bersetuju??

Datangnya islam sebagai suatu agama,keyakinan dan pegangan yang amat menitikberatkan ummatnya agar menganut agama ini berdasarkan kefahaman yang sohih..juga dalam dakwah kita,kita amat menitikberatkan sang dai itu agar menyeru,membina dan membawa mad'u nya kepada kefahaman islam yang sohih dan syumul supaya lahirnya manusia-manusia yang :

1) menjadikan islam sebagai agama dalam realiti hidup mereka
2) berpegang dengan islam yang baik secara individu atau kolektif(jamaah)
3) mempraktikkan segala kebaikan islam
4) membentuk hidup mereka dalam konteks individu mahupun masyarakat dengan kebaikan islam
5) melaksanakan segala rukun islam dan menyokong segala teras islam
6) menyemai nilai mulia dan keberkatan islam di dalam keluarga mereka,saudara-saudara mereka,masyarakat mereka dan sekolah mereka..
7) mencorak urusniaga dan segala urusan ekonomi menurut acuan islam..

Begitu juga kita ingin lahirnya manusia-manusia yang melaksanakan segala tuntutan agama ini di dalam pertubuhan dan institusi negara mereka berlandaskan ajaran islam sehinggalah tiada lagi mana-mana sudut kehidupan atau mana-mana sistem yang ada yang bersesuaian dengan nilai agama yang benar ini atau sesuai dengan tuntutan ajaran islam..pendek kata manusia yang sentiasa mendokong dan memperjuangkan kebenaran islam ini di muka bumi Allah..

Oleh itu dalam step-step amal kita untuk memahamkan manusia-manusia ini ada beberapa aspek@point penting yang perlu kita titikberatkan (erm fahamkah anda dengan bahasa penulis ini??)


1) FAHAM ISLAM

tugas pertama adalah memahamkan umat manusia ini dengan dengan ruang lingkup islam yang syumul dan menepati fitrah manusia..

2) AMAL ISLAM

seterusnya tugas untuk menjadikan umat manusia bukan sekadar faham tapi beramal dengan apa yang difahami dari ajaran islam itu sendiri agar ia tidak jadi islam hanya pada nama sahaja..

3) BEKERJA UNTUK ISLAM

step seterusnya adalah untuk menjadikan umat manusia ini rela untuk bekerja untuk islam,berjuang dan mendokong risalah suci ini agar semua penduduk bumi menjadi seperti generasi terdahulu dan mereka...

4) BEKERJA BERJAMAAH

setelah timbul kesedaran dan kerelaan untuk menyedarkan dan membawa risalah islam ini pada ummat manusia,perlu diingat tugas dan kerja ini tidak mampu dipikul secara sendirian tapi perlu secara kolektif (berjemaah)

5) BEKERJA BERJEMAAH DALAM TANZIM

setelah dirasai akan pentingnya 'amal jamaei' hendaklah dirinya faham bahawa ia perlu disusun dalam sesuatu organisasi kerna sesuatu jemaah(organisasi) yang tidak disusun(munazzhomah) akan mudah runtuh dan musnah..

untuk lebih memahami penulis menyarankan sidang sekalian membaca dan merujuk buku Syahadatul Haq(al-Maududi) & Manhaj Haraki dalam Sirah Nabi (Munir Ghitban)

berikut adalah apa yang pakCik Hassan peringatkan pada kita tentang 20 cabang penting dalam rukun bai'ah yang pertama..:


Akhir kalam..

Salam Hijrah..

"Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah" "

Dan Allah tuhan Kami
Rasul ikutan kami
Al-Quran Panduan kami
Jihad jalan Kami
Mati Syahid cita-cita tertinggi kami"



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...