Monday, April 9, 2012

ASoLaH TaRBiaH..




Bismillahirrahmanirrahim
Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta

Alhamdulillah..sangat-sangat merafa’kan syukur kepada Allah kerna dengan nikmatNya kita masih diberi nikmat iman dan islam dan kita masih diberi kekuatan untuk menikmati tarbiah dan yang paling penting sentiasa menjadi manusia yang ingin menyebarkan bahagia(nikmat tarbiah itu ) disekeliling kita..kepada rakan taulan,ahli keluarga dan masyarakat amnya.

Sungguh penulis rasa agak janggal sedikit untuk menulis kerana mungkin sudah beberapa lamanya tidak menulis di blog tercinta ini..maaf atas segala kekurangan ini..insyaAllah moga penulisan kali ini dan perkongsian ini memberi jutaan manfaat kepada kefahaman dan amal lantas menjadikan kita terus bergerak menjadi manusia luar biasa yang full manfaat.. mengharapkan doa dari kalian semoga disamping menjadi insan yang mencetak manusia, dapat juga memberi manfaat buat ummah dari mata pena NuR Q@LBU..:)


Alhamdulillah dikala ini penulis bercuti selama 6 bulan setelah menamatkan pengajian di Asasi Pengajian Islam, Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan dan bakal menyambungkan pelajaran dalam Ijazah Sarjan Muda Pendidikan Islam di UMKL bulan 9 nanti..huh lamakan..tak mengapa kerna penulis sudah punya perancangan tersendiri,Cuma terlaksana atau tidak sahaja..moga diberi kekuatan!
Apa yang pasti cuti ini cuba untuk menjadi manusia full manfaat disamping membina diri dan terus melarutkan diri dalam arus pentarbiahan.

Sidang pembaca yang dihormati sekalian

Kita lihat ummat kita kian makin parah,ramai muda dan mudinya yang hanyut dengan jahiliah namun jangan dilupa sesungguhnya ketahuilah kalian bahawa di kala ini sedang giat pemuda yang tulus suci hatinya, benar-benar mengikut acuan manhaj Ilahi, benar-benar memahami janji setia pada TuhanNya, benar-benar memahami perananNya sebagai hamba dan khalifah dilahirkan,dari tahun ke tahun bertambah jumlahnya bak tanaman yang kian menampakkan buah dan bunganya yang kian mekar dek menandakan ala m ini akan disinari sang pelangi. Sungguh pemuda dan pemudi itu akan menggegar dan merubah keadaan ummat ini dari kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam.

Bagaimana semua ini berlaku ???
Semua ini tak lain tak bukan lahir dari usaha-usaha pengislahan dan komitmen dalam pentarbiahan ummat ini oleh ar-Rasul sebagai penghulu kita dan para salafussoleh terdahulu.

Di mana dapat kita fahami bahawa tarbiah merupakan manhaj taghyir(sistem perubahan) untuk memperbaiki keadaan ummat ini seterusnya membentuk dan melahirkan sebuah ummat yang bertamadun dan mengangkat nilai-nilai Islam sebagai neraca kehidupan

Suka untuk penulis kongsikan dan bersama kita men’tajdid’ kefahaman kita (sekadar kefahaman dan ilmu yang ada) bahawa sesungguhnya asas tarbiah ini adalah USRAH ataupun dengan nama lainnya LIQO’,HALAQAH dan juga mungkin BULATAN GEMBIRA..tidak kisah nama itu asalkan ia muntij(berkesan dan membuahkan hasil). Dapatlah kita fahami dengan ringkas bahawa usrah merupakan:

1. Institusi keluarga
2. Perisai diri
3. Perisai yang diikat dengan kepentingan bersama
4. Suami isteri

Usrah itu adalah asolah(asas) kepada tarbiah kita. Ia juga punya rukun nya tersendiri seperti sola,puasa dan haji yang punya rukun tersendiri dimana jika rukun itu tiada maka solat,puasa dan haji itu tidak sah dan terbatal. Begitu jualah kepentingan rukun usrah ini.Rukun usrah itu punya 3 iaitu:

1. Taaruf
2. Tafahum                   UKHUWWAH
3. Takaful

Contoh mudah taaruf ialah kita tahu sehingga jadual akh/ukht itu dalam tempoh sepenggal
Apa yang kita ingin lahirkan peroleh dari 3 rukun ini ialah al-Ukhuwwah dimana jika ia tak dapat dilahirkan maka usrah itu adalah FAILED!!! Justeru ia dapat kita lahirkan ukhuwwah ini melalui barnamij(program-program) dan wajibat(tugasan) di dalam usrah. Peri pentingnya usrah ini kerana ia adalah cell kepada jemaah dimana jika cell ini mati, maka tunggulah kehancuran binaan jemaah itu.

Seterusnya mari kita lihat apa dia wazhifatul-usrah (peranan usrah). Usrah yang muntij (berkesan) akan mampu berperanan seperti berikut :

1. Individu dan ahli yang ber keteladanan tinggi (akhlak mulia,qudwah)
2. Sebagai agen perubahan (pemula/pembentukan)
3. Melahirkan muharrik/ah (Sumber penggerak)
4. Melahirkan qiyadah (pemimpin)
5. Sebagai tarbiah dzatiah (tarbiah diri kita)
6. Sebagai modal sukses (melahirkan individu yang full manfaat bukan sampah masyarakat) sehingga usrah ini menjadikan masyarakat menunggu kehadiran kita kerana mereka rasa kita adalah harapan ummah

Perlu juga difahami dan ditekankan bahawa usrah ini kita ingin membentuk 3 aspek dalam diri manusia itu iaitu :


1. Ruh
2. Jasad
3. Thaqafah (fikrah)

Asasnya usrah itu ingin membentuk sebuah kefahaman Islam yang syumul(menyeluruh) dimana usul isyrin(usul 20) menjadi garis panduannya. Al Banna telah menggariskan usul  isyrin itu sebagai gari panduan untuk kita memahami Islam itu dengan syumul dimana dengan terbentuknya kefahaman islam yang benar (al-fahmu) seterusnya ikhlas amal dan seterusnya(10 rukun baiah).

Akhirnya melalui usrah ini kita ingin melahirkan rijal-rijal yang akan memperjuangkan islam dan menyambung risalah ar-Rasul ini kepada ummat dan generasi seterusnya, terus menerus membina sehingga tangga amal itu sampai ke target tertingginya iaitu ustaziatul-alam (guru kepada dunia) yang bermula dengan pembentukan:

1. fardhi muslim (individu muslim),
2. baitul muslim (rumahtangga muslim),
3. mujtama’muslim (masyarakat muslim),
4. islah hukumah (pembaikan kerajaan),
5. daulah islamiah (Negara islam),
6. khilafah islamiah (pemerintahan islam)
7. ustaziatul alam (guru kepada dunia)

Semua ini tidak dapat tidak dimulai dengan usaha DAKWAH seperti firman Allah s.w.t :

“Dan demikianlah kami jadikan umat Islam sebagai umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu “ (al-Baqarah : 143)

Maksud umat pertengahan disini adalah kita sebagai perantara yang meneruskan risalah islam dari ar-Rasul kepada ummat ini.

Akhir kalam, ingin penulis mengajak kita sama-sama merasai tanggungjawab ini adalah tanggungjawab kepada Allah, bukanlah tanggungjawab ini untuk manusia atau jemaah atau kepuasan untuk qiyadah kita.

“Orang yang MELAKSANAKAN DAKWAH & PENGURUS DAKWAH itu mesti berjalan serentak!”

“Jadikanlah diri kamu Abid (hamba) sebelum menjadi Qaid (pemimpin)

Al faqir ilaAllah..
NuR Q@LBU
11:36 p.m
8/12/2012

2 comments:

Abu Burn said...

matop akhi! tapi tarikhnya mengelirukan, anda manusia dari masa hadapan??

syafiq yusof said...

hu 8/4 sbnrnye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...