Sunday, May 20, 2012

SiNGa yang DiJiNaKKaN










Ummat ini
Dulu ibarat singa
Ummat ini
Dulu ibarat helang rajawali
Ummat ini
Dulu ibarat
Angkatan berkuda

Ummat ini
Perlu kita baiki
Ummat ini
Perlu kita bangunkan
Ummat ini
Perlu kita cari penawar
Ummat ini
Perlu kita aturkan
Ummat ini
Perlu kita kuatkan
Ummat ini
Perlu kita sedarkan

Kerana apa?
Kerana kita adalah harapan ummat
Kerana kita adalah jurucakap ummat

Kita lihat ummat kian rapuh
Kian hilang arah tujunya
Hidup hanya sekadar bersuka-ria
Mengecapi nikmat dunia yang sementara

Ummat kita
Sanggup membelanjakan
Sejumlah duit yang besar
Untuk keseronokan dunia
Jua kepuasan nafsu
Tanpa dikira halal haramnya
Tanpa dikira batas-batas syara’nya
Tanpa dihirau keberkatan hidupnya

Ummat kita
Sering ditipu
Sering diperkotak-katikkan
Dengan bahayanya dunia
Dengan bernilanya harta jua takhta
Dengan manisnya cinta suka-suka

Sungguh resah hati ini
Sungguh menangis jiwa ini
Dengan penderitaan yang sedang ummat alami
Tak mampu lagi ku lihat kebejatan ummat ini

Ya Allah
Sesugguhnya hidayah ini milikMu
Buat hambaMu yang terpilih
DiKau kurniakanlah hidayahMu
Bagi menyinari hati-hati yang buta


Saudara/i pembaca yang budiman sekalian
Memang benar ummat islam kini begitu ramai bilangannya namun kita lihat mereka telah karam di dalam maksiat dan darjat iman mereka telah menjunam ke taraf yang paling rendah dan mereka telah tercicir dari darjat kemuliaan. Oleh yang demikian, seorang mukmin itu mestilah sentiasa berusaha mencari kemuliaan yang lebih sempurna. Mereka tidak akan memejamkan matanya dan tidak mengelukan lidahnya dari sebarang penyelewengan dan kecenderungan kepada maksiat dan jahiliah.



GENERASI KITA YANG TERPEDAYA

Sekiranya berbaki iman dalam diri seorang muslim dan kesan-kesan keghairahan (sayangkan agama) yang menghalangnya keluar dari agamanya, mereka akan dikalahkan dengan berbagai-bagai kepalsuan dan diperdayakan dengan berbagai-bagai saduran.

Oleh itu tribulasi yang dihadapi oleh umat islam pada hari ini tidak hanya terbatas dalam menghadapi pemimpin yang sesat sahaja. Bahkan menjangkau hingga kepada persoalan system tarbiah. Manhaj pendidikan dan pembelajaran, bangku-bangku universiti-universiti, akhbar-akhbar, majalah-majalah dan seluruh media massa digunakan untuk menghapuskan pemikiran dan nilai-nilai Islam di seluruh dunia Islam hinggakan orang yang mindanya terperangkap di dalam rencana jahiliyah blok barat dn blok timur itu seronok dan merasa bangga kerana menyangka dirinya terlepas dari belenggu kekotoran dan kebekuan fikiran. Akhirnya kita lihat umat islam sekarang menjadi kuda tunggangan oleh para taghut tersebut.

Akhir kalam, penulis bawakan serangkap puisi nukilan penyair terkenal, Muhd Iqbal dalam puisinya :

“ Demikianlah halus dan telitinya latihan yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin yang sesat lagi menyesatkan.

Seni yang merampas kecantikan lenggok bunga sarwa
Ia menukar helang rajawali menjadi buruk denak
Mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan nyanyian merdu
Lalu membenamkan bahtera ke dasar laut
Mereka tidurkan kita dengan irama dan lagu
Dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya
Manusia pun beransur-ansur diresapi kehinaan tanpa disedari

NuR Q@LBu
16/5/12
6.22 pm

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...