Saturday, August 17, 2013

MeNGeRTiLaH KaLiaN

Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta



Kita di Malaysia terus-menerus diberitakan dengan berita ‘panas’ oleh sahaba-sahabat kita di di timur tengah yang terkini membabitkan Mesir dimana rakyat menuntut dikembalikan semula Presiden mekera yang sah iaitu Dr Mursi

Mungkin ada dikalangan kita yang sering menanyakan mengapakah mereka sangat bersungguh untuk semua ini? Mengapa juga kerajaan sementara dan pihak tentera, As Sisi dan konco-konconya terus tetap ber’degil’ membunuh ribuan ummat Islam yang tidak berdosa ini?

Nah..pernah anda fikirkan tentang ini? Atau anda sendiri masih bermain-main dalam khayalan mimpi yang tidak pasti?

Jika diamati, sungguh besar dan tersirat pengajaran yang bisa kita peroleh dari setiap apa yang berlaku disana. Sesungguhnya tugas, risalah dan tujuan diciptakannya manusia dalam hidup ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk ubudiyah kepada Allah sebagaimana firman-Nya :

Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan alam semesta. Tidak ada sekutu bagi-Nya “ ( al An’am : 162-163)

Demikianlah kita lihat saudara-saudara kita disana memanifestasikan cinta dan ibadah mereka. Tidak lain dan tidak bukan apa yang setiap mereka lakukan adalah bertujuankan reda Allah dan ingin melihat akan tertegaknya kembali kalimah Allah dan syariat-Nya di muka bumi Allah ini sehingga mereka rela mengorbankan diri dan harta mereka demi menggapai syahid dan ubudiyah yang abadi. Kebangkitan mereka ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk merealisasikan penghambaan kepada Allah Tuhan alam semesta secara sempurna.

Iye.. untuk apa semua ini?

Ia agar …

Kita menjadi orang-orang yang memiliki tangan-tangan yang senantiasa dibasuh dengan wudu’
Dahi yang sentiasa sujud
Kaki –kaki yang bengkak kerana solat
Telapak-telapak tangan yang sentiasa memelas
Kelopak-kelopak mata yang kurang tidur
Mata-mata yang sentiasa menangis
Lisan-lisan yang sentiasa berzikir
Anggota badan yang khusyu’ serta hati-hati yang takut kepada Allah

Agar kita menjadi seperti pendeta@rahib di malam hari dan pahlawan di siang hari

Reda Allah terus menjadi buruan dan sasaran kerana tujuan kita adalah Allah. Tujuan inilah merupakan fikrah dan karakteristik utama dalam dakwah kita.

PEMERINTAHAN ADALAH SARANA@ALAT

Suatu hal yang perlu kita fahami bahawa pemerintahan dalam pandangan seorang muslim tidak lebih dari sekadar salah satu sarana untuk merealisasikan makna ibadah yang sesungguhnya. Semua situasi dan perundangan bahkan pemerintahan, organisasi dan jemaah yang selalu berusaha digapai oleh semua orang, semua itu hanyalah sarana untuk mencapai sasaran bukan merupakan tujuan. Dengan adanya sarana-sarana tersebut tujuan-tujuan besar bias dicapai yang sebelumnya tidak mampu dicapai secara individu.

Dengan pemahaman seperti itu, aspek realisasi penghambaan menjadi luas, semua tugas menjadi mulia dan semua tujuan tertuju pada Allah. Demikianlah juga jika kita melihat kembali akan turutan maratibul amal yang kita imani bahawa penegakan khilafah rasyidah minhajin nubuwah merupakan salah satu tahapan dalam mencapai sasaran. Kita tidak mungkin mencapai sasaran tanpa melalui anak tangga tersebut.

Demikianlah rabitah hati kita dengan mereka dimana sentiasa mengingatkan kembali akan orientasi dan tujuan dalam setiap apa jua yang kita lakukan.

Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati ini telah berpadu dalam mencintai-Mu, bertemu dalam mentaati-Mu, bersatu dalam dakwah kepada-Mu dan berjanji untuk memenangkan syariat-Mu. Maka kuatkanlah ikaannya, kekalkan cintanya, tunjukkan jalan-jalannya, penuhilah hati-hati ini dengan cahaya-Mu yang tidak pernah padam, lapangkan dada-dada kami dengan limpahan iman kepada-Mu dan indahnya tawakal kepada-Mu, hidupkanlah dengan ma’rifah kepada-Mu dan matikanlah kami dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik penolong.”

Nah..anda sudah mengerti dan faham bukan ?

Demikianlah indahnya apabila tujuan hidup seseorang itu adalah Allah, tentu perilakunya menjadi lurus, amalnya menjadi benar dan dengan izin Allah akan wujud kemenangan. Allah akan menurunkan ketentraman kepada hatinya dan memberi kemenangan yang dekat. Ketika kemenangan telah datang, hatinya bersujud kepada Allah dan memohon ampun atas dosa-dosanya.

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu melihat manusia masuk agama Allah  berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhan-Mu dengan mohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat “ (an-Nasr : 1-3)

Wallahua’lam


-Nur Q@LBu-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...