Wednesday, January 13, 2010

UMMaH SeMaKiN PaRaH..


Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya

Alhamdulillah..baru sebentar tadi penulis sempat menunaikan solat di masjid dan hari ini di masjid yang berdekatan dengan rumah ini ada kuliah hadis..Semasa duduk-duduk tu tengok keadaan sekeliling dan rasa sedikit kecewa...kenapa saya kecewa tetiba???

Penulis sedikit kecewa kerana sering kali bila hadir ke masjid kebiasaannya kurang yang hadirnya dari kalangan pemuda(syabab) kerana pemuda adalah tiang kebangkitan ummah dan salah satu dari golongan yang akan dinaungi arasy Allah di akhirat kelak

Justeru,masa kuliah hadis ini ada beberapa perkara yang menarik hati penulis...

Ustaz tu cakap antara ciri-ciri wali Allah adalah mereka yang istiqamah dalam amalan fardhu dan sunat..konsep istiqamah yang perlu kita faham adalah setiap hari amal kita bukan sama sahaja tapi setiap hari kita upgrade amal kita walaupun sedikit..itulah maksud sebenar istiqamah..tapi terfikir jugak kita ni kadang-kadang amalan fardhu dan sunat ni banyak sangkut-sangkut..bilalah nak ubah sikap kita ni dan miliki sifat-sifat hamba yang sentiasa bertaqarrub kepada Allah..

Selain itu,ustaz tu pun cakap dekat dalam sebuah gereja ada satu bilik khas yang berkunci dan tidak boleh dimasuki melainkan paderi mereka yang paling tinggi..bile disingkap rahsia bilik tu sebenarnya menempatkan kitab suci umat Islam iaitu al-Quran..buat apa mereka simpan kitab suci kita tu??semestinya mereka kaji al-Quran untuk hancurkan umat ISlam..hebatkan mereka siap kaji al-Quran lagi(tak payah cite pasal Bible lah)

Tapi lain pula dengan kita umat Islam yang pegangan al-Quran nya entah ke mana..ke jadikan al-Quran tu sebagai perhiasan je dekat rumah..lagilah tak payah cerita pasal Bible atau nak hancurkan musuh Allah..tepuk dada tanya iman wahai saudaraku sekalian..

Selepas itu, ustaz tu pun cakap yang orang yang paling banyak ilmu sekarang ini adalah orang yahudi yang tinggal dekat Iran..kalau nak tahu orang ini ada 17 sijil PHD..fuhh hebat betol manusia ini..kita nak menghabiskan belajar sampai SPM pun macam apa..

Jadinya bilalah umat Islam ini nak bangkit kalau sikap kita masih lagi begini

1)Jauh dari Tuhan sendiri

2)Malas mengkaji perlembagaan dan pegangan yang diiktiraf satu dunia lebih-lebih lagi musuh Allah

3)Tidak cinta akan ilmu bahkan rasa meluat dan bosan bila sebut pasal belajar

Bangkitlah generasi pemuda-pemudi Islam..kita semua adalah harapan ummah untuk memperbaiki keadaan yang makin parah dan mengembalikan semula kegemilangan Islam



Mulailah dengan memperbaiki diri kita semua ke arah yang lebih baik dan perlahan-lahan kita cuba untuk memperbaiki orang di sekeliling kita dan akhirnya akan wujudlah sebuah masyarakat yang benar-benar faham Islam dan menjalani kehidupan berdasarkan manhaj Islam serta sekaligus merampas semula hak kita umat Islam iaitu hak hakimiah Allah yang sudah lama tidak dijalankan di muka bumi Allah

Ingat wahai saudaraku tugas ini adalah tugas ini(dakwah) adalah tugas kita bersama dan ia merupakan suatu kewajipan kita semua untuk menyedarkan masyarakat kearah mengembalikan manusia kepada mentauhidkan Allah..tiada yang terkecuali..

p/s:minta maaf kepada semua andai bahasa dan gaya penulisan yang digunakan tidak mengikuti syarat-syarat dan kriteria-kriteria sebuah penulisan yang baik

1 comment:

Zulfadhli said...

ya akhi
salam ukhuwah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...