Saturday, January 9, 2010

SuCiKaN DiRiMu..



Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara..
Ku biarkan pena merungkai kata-kata..

Ku biarkan minda mentafsir segalanya..


Alhamdulillah..bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan kesempatan kepada penulis untuk berkongsi dan merungkai segala yang terbuku dihati ini..Walaupun penulis tidak mengikuti program R2J4 namun kesibukan tetap melanda diri ini..Sekarang tengah dalam proses nak menghabiskan lesen kereta dan tengah explore sana sini..Baru sahaja penulis melihat blog kawan-kawan R2J4..kelihatan mereka semua makin hebat dan mantop(
jealous jugak dengan diorang ni)..tapi penulis rasa itu semua mungkin bahagian untuk diorang dan masing-masing ada bahagian masing-masing Perlulah juga diingat disini bahawasanya tujuan kita hidup adalah untuk akhirat sebagaimana firman Allah:

"Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya,pasti kami berikan balasan penuh atas pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia tidak akan dirugikan.Itulah orang-orang yang tidak memperoleh sesuatu di akhirat di akhirat kelak kecuali neraka,dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan di dunia dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan" (Hud:15-16)


Apa yang anda faham dari ayat diatas wahai saudaraku??


Mungkin pelbagai tafsiran boleh dinyatakan akan tetapi apa yang penulis ingin tekankan adalah lumrah kehidupan sebagai pendakwah yang kekadang terleka dan terlena dengan kehidupan yang fana..ayat ini memberikan satu teguran buat kita semua khususnya para duat agar jangan sampai kehidupan dunia masuk kedalam diri kita (al-Wahnu)


Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berwaspada dan sentiasa mengevaluasi diri dari terjerumus dengan keseronokan dunia kerana tugas dakwah itu wajib dan memerlukan pendukung yang bersih dan jernih hatinya demi menggalas risalah yang cukup suci ini. Sesunggunhya jika diperhatikan kita tidak akan hanyut dengan dunia apabila kita sibuk dengan tugas mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi Allah dan persoalan perjuangan ini kecuali jika dia bohong dalam berdakwah


Proses tarbiah yang dimulai dengan pembinaan individu muslim dan akhirnya sampai kepada ustaziyatul alam memerlukan pendukung yang bersungguh-sungguh kerana kita tidak mahu jumlah yang ramai tetapi tiada kualiti dari setiap mereka umpama buih di lautan..Moga Allah sntiasa memelihara diri kita dari menyimpang dari jalan ini dan membimbing kita disepanjang perjalanan yang kita sedang harungi ini..




Umat kini diibaratkan
buih yang terapung dilautan
dihanyut terhempas
dipukul gelombang
dan lenyap bila dihembus oh angin

Pada siapa nak diharapkan
yang tinggal cuma sebatang tubuh
mulakan dari langkah yang pertama
biar putih tulang jangan putih mata

Gunalah falsafah si cengal emas
simbol tiang seri utama
gagah berjuang ditengah ummah
cahayamu pasti gemilang

Islam pasti bangkit lambat laun
janji Tuhan pasti terlaksana
waktu jangan lagi dibuang sia-sia
obor semangat ayuh kita nyalakan

1 comment:

Ahmad Zahier Bin Arbi said...

ermm..insyaallah..doakan lahh yerr

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...